LIKE THIS BLOG :)

Friday, September 28, 2012

Dari Dalam Diri Dunia Dimensi Dua..


Dari Dalam Diri Dunia Dimensi Dua..
tajuk kali nia gak puitis sikit...
maksud tersirat dalam tajuk entry kali ni x membawa impak besar kepada org lain...
"dimensi dua"
dimensi dua yg cuma aq sampaikan kalini merupakan dunia lain dalam diri aq ni...
selain sebagai seorang pelajar biasa yg mengharungi norma kehidupan serta pergelutan masalah
yang berlaku sekeliling.. kita sering terlupa dengan dimensi ''yg satu lagi'' dimana dunia untuk kita sendiri..
perasaan yang x dapat diterjemahkan dengan kata2-gerak geri-perlakuan.. senang citer.. x dapat dizahirkan dan dilihat dengan mata kasar..
dimensi dua aq yg sering bercampur aduk dengan persekitaran membuatkan ianya dilupakan seketika.. aq x dapat nk membezakan antara yg zahir dengan yang fantasi..
terbuku dalam diri aq ni satu tekanan yg sukar untuk ditafsirkan.. biarlah hanya DIA yang tahu sekuat mana 
tekanan itu..
sebagai pemimpin yang ''mengambil tanggungjawab'' tanpa perlu dipaksa membuatkan aku mencipta satu lagi dimensi yg hampir sama dengan yang pertama tapi masih lagi kabur dan lemah..
mungkin salah aq yg terlalu serakah ingin memiliki satu kuasa yang boleh dikagumi..
DIKAGUMI...
mmg itu sebenarnya niat aq saat pertama kali mengambil keputusan untuk memimpin..
tapi.. bila semakin hari semakin seronok dan menjadi sebati dalam jiwa aku ni.. aku terus lupakan niat untuk menjadi seseorang yang 'DIKAGUMI'... tapi untuk memperoleh IKHLAS dalam diri untuk memikul tanggungjawab... mungkin bagi sesetengah manusia diluar sana yg memperlekeh dan tidak mengambil endah akan apa yg cuba aq.. maaf KAMI perjuangkan.. tapi sebenarnya kami ikhlas.... bukan untuk nama, mahupun kepentingan diri.. mungkin ada segelintir dari kami yang mempunya tanggapan sebegitu.. tapi apa kan daya.. aq hanya manusia biasa.. x boleh baca naluri dan keinginan seseorang itu.. 
-tamak
-mementingkan diri sendiri
-ego
-riak dan takabur
itu suma naluri yang sudah mmg terlahir dalam diri setiap manusia.. cuma antara kita pandai atau tidak untuk mengawalnya..
ape aku merepek ni....?
puas sikit hati aku bila dah luah kat sini..
sekarang tinggal aku nk luah kat DIA sahaja..
seorang ilmuan pernah berkata kat aku.

"nak jadi pemimpin tu x susah.. tapi.. nk memimpin tu x senang"
Wassalam..

*x yah klik iklan pon xpe.. ni cuma coretan dari dalam diri aq sendiri...