LIKE THIS BLOG :)

Monday, February 6, 2012

KECELARUAN PTPTN UNISEL! (sila baca!)



Salam sume..
entry kalini khusus kepada semua pelajar2 UNISEL yg mempunyai masalah dengan
PTPTN

SILA BACA LANGKAH2 DIBAWAH UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG
PERMASALAHAN.


perhatian kepada semua penerima2 pinjaman PTPTN (unisel) anda mungkin menghadapi masalah berikut:
1.duit yang diterima tdak mencukupi.
2.unisel potong lebih
3.xdapat lagi duit pinjaman (yang ni kne tunggu la... untuk fasa ke2)

masalah tu sume boleh diselesaikan.... jgn buat tindakan yang memalukan universiti sendiri...

KIRAAN UNTUK 1 SEMESTER
1.ambil tahu berapa jumlah sepatutnya yang anda terima dari PTPTN ntok 1 sem... (setiap org x sama jumlahnya.. ade yg dapat full, half, ataupun ikut jumlah yuran) semak semula perjanjian anda.

2.kira berapa jumlah yang sepatutnye anda perlu bayar:
yuran pengajian+hostel(jika ada)+tunggakan(jika ada)

3.kira berapa jumlah yang unisel dah tolak dari PTPTN anda semester ini

4.buat pengiraan keseluruhan berapa yang anda sepatutnya terima.
jika pinjaman yang anda terima itu kurang itu bermakna unisel dah tolak lebih. (vice versa)

5.semak semula dengan pejabat bendahari untuk penyata kewangan
(kepada pelajar2 semester pertama or kedua.. jgn terlalu gabra...  wang yang ditolak lebih boleh refund (YANG NI MMG AMEK MASA YANG LAMA) ataupon dibawa ke semester hadapan..)


6.masalah yang sterusnya ni... UNISEL X TOLAK APA2 PON DARI PINJAMAN ANDA.. masalah ni sebenarnye paling serius... jangan ingat unisel ni buat amal jariah bagi anda duit lebih.. segera ke pejabat bendahari dan buat pembayaran yuran yang sepatutnya... wang yang lebih tu barulah boleh digunakan.


INGAT PTPTN YANG ANDA TERIMA ITU SEHARUSNYA ANDA TELITI PENGIRAANYA DENGAN UNISEL SUPAYA TIDAK ADA BERLAKU SABARANG MASALAH


ingat jangan ambil tindakan yang BODOH sehingga boleh memalukan universiti sendiri. x cukup dengan kejadian2 sebelum ni UNISEL keluar TV citer pasal benda negative.. saye pon paham situasi anda.. kerana saya pon pernah mengalaminya.. tapi semua perkara boleh diselesaikan dengan cara elok.. nak serbu2 bagai tu ingat boleh selesaikan masalah ke? kita ada pemimpin.. kita ada saluran yang khas untuk bersuara.. bukan dengan cara melulu MEMBABI BUTA..

Tindakan yang diambil oleh pelajar dibawah ini memang benar.. tapi bukan dengan cara yang betul.. saya akui saya sendiri akan mengamuk kalau duit PTPTN tu dapat sikit... ingat.. semua benda ada black n white nye... semak dulu betul2 BnW tu baru buat tindakan.. tindakan yang diambil tu pon mestilah menggunakan saluran yang betul... saya langsung tidak menyalahkan pelajar ini... mungkin dia baru disemester pertama atau kedua... or dah ber'semester2 di UNISEL ni tapi masih x paham dengan cara UNISEL ni.... tahniah kat awak.. awak mmg berani.... saye pon pernah je huru2 hara kan page unisel tapi time tu zaman jahiliah.... skang ni kite ade medium ye dik.. ikut medium yg betul.... :)

[pic terpaksa ditarik balik di atas sebab2 yg tertentu. harap maaf]

 INGAT.. DENGAN TINDAKAN YANG ANDA AMBIL SEKARANG NI.. FIKIRKAN KESAN NEGATIF YANG BERLAKU KEPADA ANDA.... ANDA MAHU KE BILA ANDA KELUAR MEMINTA KERJA NANTI MAJIKAN ANDA BERKATA:

"U STUDENT UNISEL? BUKAN DULU DAH HARU BIRU KE? BELUM BUBAR LAGI KE"
"U JANGAN TIPU I LA... UNISEL DULU FAMES KOT PASAL KACAU BILAU NI"
"KALAU YE PON NAK BELI DEGREE MCM Dr. Besta TU.... JGN LA BELI KAT UNISEL... UNISEL JUAL DEGREE EK SKARANG?"

X MALU KE BILA ANDA DIAJUKAN DENGAN SOALAN2 TU.... HURMMMM

last but not least.. jika anda yang gemarkan shopping pakai duit PTPTN cam saye? klik sini

sekian
ASSALAMUALAIKUM~