LIKE THIS BLOG :)

Wednesday, January 12, 2011

KANTA LEKAP(contact lens).. CANTIK vs SAKIT??




CANTIK???
"cantik la..!!"
SAKIT X?
"hmm nak cantik kne la sacrifice bang oii.."
RISIKO ? X  KESAH??
"ade aku kesah??...duuhh.. x mati pon..."
 "cantik kan? suke Katy Perry.. huhu nak mate cam dye la..."

 "x pon cam Alyah ke.....huhu"

 "kak Ziana pon oke gak...."




"ni sape lak ni??? tapi cantik gak mate dye..."


"waah.. byk nye pilihan... hmm bang bagi yang purple tu sekilo!"


.
hah! contact lens? or kanta lekap.... sering kali menjadi pelengkap hiasan diri x mengira jantina.. dan peringkat umur... baik lelaki, wanita, adeq2, dato'2, datin2... sume pakai.. even artis n menteri2 pon ade...
(hahah.. dah macam pengacara...)
meh sini kita tengok ape ade dalam mata kita...(kelas sains)




kita menutup lapisan 'sclera' (bukan selera oke..) dengan lens untuk menutup warna asal 'iris' kita... bla bla bla....
.
.
.
persoalan nya...cantik x?
"cantik la....warna mata berubah..huhuh i like!"
.
.
huhuhu..bukan saya x mnyokong pemakaian kanta lekap...
(sbenarnya tengah frust.. lens jato dalam sink.. terpaksa gi klas pkai spek!)
tapi penjagaan kebersihan lens kne jage dgn betol...
klik sini ntok penjagaan lens yg betol...



KNAPE???? sebab x nak jadi camni....


RISIKO KANTA LEKAP
Kanta lekap berperanan besar dalam membantu memperbaiki penglihatan. Pemakai kanta lekap ini bagaimanapun terdedah kepada pelbagai risiko tersendiri jika penggunaannya tidak dibuat dengan cara yang betul.
Pada dasarnya, kanta lekap adalah menempelkan benda asing kepada mata. Dengan demikian, ia berpotensi mengganggu keseimbangan mata terutamanya jika tidak dibersih mahu pun ditanggalkan sebagaimana waktu yang telah ditentukan.

1- IRITASI
Risiko utama adalah iritasi (kegatalan). Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh mengakibatkan kebutaan. Oleh itu tangan harus dicuci bersih semasa memasang kanta lekap agar tiada bakteria dapat masuk sewaktu pemakaian.
Kebanyakkan jangkitan mata berpunca daripada perawatan dan pemeliharaan kanta lekap yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat pembiakkan bakteria. Pemakai kanta lekap perlu memastikan aspek kebersihan mata dan tangan dan tempat penyimpanannya benar-benar terjaga.

2 - PENGURANGAN OKSIGEN
Mata memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, kadar oksigen pada mata berkurangan sehingga 1/3 dari ketika mata dalam keadaan berjaga pada waktu siang.
Pemakaian kanta lekap pada waktu tidur akan menyebabkan pengurangan oksigen yang ketara dan boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan terutama pada waktu pagi. Pemakai kanta lekap dengan itu disaran menanggalkan kanta sebelum masuk tidur.
3 - MATA MERAH
Kanta lekap boleh menyebabkan lapisan mata mudah tergores dan teriritasi. Tanda awal ialah mata menjadi merah.
Pemakai kanta lekap disaran menanggalkan kanta apabila mata nampak merah. Jika tidak ditanggalkan, mata berpotensi dijangkiti kuman. Jika kuman kebetulan dari jenis yang sangat berjangkit, permukaan selaput mata boleh bertukar putih dalam masa 24 jam.

sumber: syue



Tip

# Bagi pengguna baru, ada tentu keliru bahagian dalam atau luar kanta lekap. Perbezaan mungkin tidak ketara tetapi pastikan ia kelihatan seperti separuh bola. Letakkan kanta lekap pada jari hingga terlihat bentuk yang dikatakan. Kemudian, bawa kanta dengan bahagian ‘dalam cawan’ menghadap mata anda. Jika kanta yang dipakai berbentuk U sempurna, bermakna itulah posisi betul.

Sesetengah kanta lekap mempunyai tanda laser, misalnya jenama produk. Ini juga boleh membantu menentukan bahagian dalam atau luar kanta lekap.

# Pastikan anda membasuh tangan dengan sempurna sebelum memakai kanta lekap. Elak menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan pewangi, minyak atau produk yang mengandungi lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap. Sesetengah doktor menasihatkan supaya memakai kanta lekap yang sama pada mata sama.


# Sentiasa pastikan anda mencuci tangan sebelum mengeluarkan kanta lekap. Jika anda berdiri di depan sinki, pastikan anda menggunakan tisu yang bersih untuk menutup lubang saluran sinki bagi mengelak kanta lekap terjatuh ke dalamnya.

# Untuk mengeluarkan kanta lekap, pandang atas atau sisi sambil menarik bahagian bawah mata. Dengan menggunakan jari, gerakkan kanta lekap secara perlahan-lahan dan berhati-hati ke bahagian putih mata anda. Dari situ, kepit kanta lekap perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari dan keluarkan dari mata.

# Peringatan, jangan sesekali berkongsi kanta lekap. Ini boleh mengundang padah pada mata anda.(huhuhu saye pernah melakukannye... hmmm)


Sumber : Berita Harian


.
.
.
konclusion nyer.... pmakaian lens bukan lah dilarang.. cuma penjagaan yg betul harus di titik-berat kan...

"Lens hijau pinjam.. hahah"

8 comments:

Finaz Jaafar said...

saya suka gak pakai lens tapi bukan selalu la

MU(hd az)LAN said...

ooo.. oke la.. means kalu ade event or hari2 yg perlu je ek.. ermm.. saye suke pkai lens ari2.. tpi lepas lens da jato dlm sink.. blom replace lg...

Faez Norzie said...

owh God!!! kalo ak rabun skali pn xbrani ak nk pki mende nie...

kim heeruul said...

ngeri doe

Siti Farah said...

time sekolah je pakai..
skg x pakai dah sebab stp kali nak pakai kene order n tunggu lame...huhuhu...kesian org yg rabun sebelah nih!!! :(

aim tetap gembira said...

eeiii.. takot nyer... slamat lah aku x rabun.. n mate aku original heheh..

Anonymous said...

Molti dicono che il fratellino è la storia hogan saldidel maschio.
Io non la penso così, che nella migliore delle ipotesi hogan outletessere considerato come il maschio
nel mio cuore. Io vivo nel maschio, che in realtà non era lui,
quella hogan rebel uomopersona
è Ling, Ling piace ridere, l'amore rovinato dal piccolo hogan scarpe uomomausoleo,
la tomba dell'amore slapstick suo zio ...... professore mamma che vive senza cuore insapore, ma Lui è una persona molto borse hogansincera.
Credo che tutte le parole fratellino perché lo amo, così io gli credo, il
mio mausoleo tutte le promesse, perché era onesto, tutti lo credo.






Here is my website; hogan interactive donna

Anonymous said...

Apple developers have had to bring in a lot of apps more than the years to provide the
apps as per the demand but with the recent launch of iOS 5 and iPhone
4S, the demand is sky-higher.

Look into my web-site Smash Bandits android free cheat